Monday 16 July 2012

HDR collections 1

HDR= High Dynamic Range
terpengaruh dengan member dalam memperhalusi kesenian photography.. hahaha
baru nak belajar sikit-sikit..
enjoy the photos.. =D








PEMUDA di penang sentral

Tatkala langit kegelapan dihiasi cahaya bulan yang mekar berkembang, bangku besi menjadi peneman aku sambil menanti sebuah bas yang bakal menuju ke selatan. Tika kebosanan membaluti tubuhku, datang seorang pemuda kurus menghampiriku sambil tersenyum lebar.

"kerusi sebelah ada orang x bang?" tanya lelaki tersebut. Aku yang agak kekok melihatnya menjawab, "errr haaa, duduklaa xdak orang pun". Dengan pantasnya aku terus mengapai beg kameraku.


Mana tidaknya, pemuda yang aku maksudkan berpakaian seperti seorang punk dan berseluar ketat. Dengan gaya rambut ala-ala trojannya dan telinganya yang ditindik dengan besi-besi pelik. Sambil mengusung gitar kapok miliknya. huuu.. Kali pertama aku berhadapan dan bersembang dengan insan seperti ini. Pada mulanya, kesombongan melanda diriku ini. Seperti stigma masyarakat sekarang yang tidak menghiraukan manusia seperti pemuda disebelahku ini, aku menyibukan diriku dengan membaca majalah yang dibawa.

"bang nak pi mana bang?" tiba-tiba satu persoalan yang hingap ditelingaku. "nak pi Seremban, hang nak pi mana pulak?", balas aku yang kian selesa dengan kehadirannya.

Kesombongan pada diriku kian menipis apabila kami masing-masing mula membuka mulut berbicara. Hatiku berbisik "urmm, ramah jugak mamat ni, aku jaa yang sombong pelik, apalaa, ish3.." Setelah berkenalan, (*walaupun aku terlupa tanya nama dia, adehh =.=" xpela, aku panggil dia BOB, untuk memudahkan cerita) pemuda ini memberitahu bahawa dia ingin pulang ke kampungnya di Kuala Lumpur pabila sudah 3 bulan berada di Penang. Melihat luaran dan gayanya seperti pemuda yang sangat matang, aku berfikir Bob kini berusia 23 tahun setelah disuruh untuk meneka umurnya. "Biar betul bang, nampak tua sangat ka saya ni?" ujarnya sambil ketawa.

Bob memulakan kisah hidup lalu meluahkannya kepada aku. Bob merupakan seorang pemuda berusia 17 tahun yang sudah pun berhenti daripada alam persekolahan selepas tamat PMR. Kini, hidupnya merantau ke negeri orang untuk mencari rezeki untuk merawat ayahnya yang lumpuh. Bob yang bekerja menguruskan mesin kuda, juga yang telah diberhentikan oleh majikannya kerana dituduh mencuri RM3000. Tetapi, dia memaklumkan kepada aku, bahawa sahabat karibnya yang juga teman sekerja telah mempermainkan dan mencuri duit tersebut. Alangkah malang nasibnya. Aku seolah-olah tidak percaya dengan apa yang diucapkan. Dengan usia sebegitu, Bob telah menjejakkan kaki ke alam sedemikian. Sehinggakan membuat aku terfikir, masa hadapan yang bakal dihadapinya. Aku tergamam seketika.

Keperitan hidupnya diluahkan lagi kepada aku."Saya dah lama x balik rumah, entah apalah keadaan ayah." Adik perempuannya yang berusia 14 tahun kini sudah pun bekerja mencari wang di malam hari. Ketika matahari sedang rancak bersinar, adiknya pergi ke sekolah dan menjaga ayah yang sedang sakit. "Mak saya dah meninggal bang. Sebab kena pancung dengan Along!, ini semua salah abang". Aku tersentap dengan kata-katanya. Bagaimana dia melalui hidupnya hari-hari. Sebelum ini aku hanya lihat dikaca televisyen yang hanya dilakonkan semata-mata. Ternyata, senario ini memang sedang berlaku dalam masyarakat kita.

"Sebelum arwah mak meninggal, Along potong jari mak sebab abang x nak bayar hutang. Sampai sekarang saya benci abang. Abang saya jahat. Anak dah ramai tapi kahwin x pun. Sekarang ni saya xtaw abang pi mana. Saya teringin nak awek bang, tengok orang lain semua ada awek, saya xdak pun. Tapi kalau fikir, diri saya ni dahlaa rosak, saya xnak rosakkan orang lain, biarlah saya seorang ja yang rosak." kata Bob sambil menggulung rokok daun miliknya. Aku yang mendengar, hanya mampu terdiam. Tidak mampu untuk aku berucap apa. Diri sendiri yang mendengar pun mula sebak, apatah lagi Bob yang menanggung semua penderitaan ini. Sehinggakan Bob berkata sambil tersenyum dan menepuk bahu aku "Bang jangan laa sedih pulak, saya saja jaa nak kongsi dengan bang. Saya xtaw nak cerita dekat sapa lagi. Terima kasihlaa bang sudi mendengar."   

Sebenarnya Bob merupakan anak yang baik. "Saya xpernah minum arak, tapi kalau balik rumah botol arak memang banyaklaa atas meja tu, abang memang xpernah hormat mak ayah pun. Minum air syaitan tu depan mak ayah. Sampai pernah tampar arwah mak sebab nak duit beli arak. Saya hisap rokok, tapi saya malu nak buat depan mak ayah, walaupun depa tahu saya hisap. Saya turun bawah rumah, lepas habis hisap rokok, sembur minyak wangi sikit baru saya naik balik." Bab inilah yang aku hormat dia. Dia sedar akan kewajipan anak menghormati ibu bapa yang mendidik dan menjaganya dari kecil.

Jarum jam sudah menunjukkan lebih kurang jam 12.30 malam, bas yang aku nantikan pun tiba. Sampai disini sahajalah perbualan aku dengan pemuda ini. Sehinggakan ketika dalam perjalanan ke selatan aku masih memikirkan apa yang kami bualkan.  
=====================================================================================

Panjang lagi ceritanya, tetapi mungkin sampai sini aku boleh kongsi bersama. Sampai sekarang aku tidak lupa wajah pemuda ini. Aku memikirkan ini semua adalah takdir Allah untuk menemukan aku dengannya. Menyedarkan aku tentang realiti dunia yang penuh pancaroba.
Bagaimana pemuda ini mahu mengharungi hidupnya dihari yang mendatang? Banyak yang sempat aku belajar dengan pemuda ini. Salah satunya, jangan menilai seseorang itu dengan luarannya sebab kita adalah manusia yang sama dan juga hamba Allah yang mempunyai perasaan. Aku amat bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang baik. Alhamdulillah.. 
Terima kasih mak dan abah yang telah membesarkan abang.
Abang berharap dapat membalas jasa mak dan abah dengan segulung ijazah walaupun pergorbanan mak dan abah jauh lebih besar. InsyaAllah, abang akan berusaha untuk jadi anak yang soleh..

p/s: ini merupakan kisah benar, bukan rekaan semata-mata..