Sunday 24 February 2013

STudY and LoVE

As-salam..
Sudah sekian lama berkaratnya sistem pengaliran impulses di otak ini..
Lama sudah tidak berkarya.. idea pun kurang bercambah, olahan pun kurang berbunga..
sudah bersawang laman blog ni.. okay xpe..

So, in this entry i would like to talk about STUDY & LOVE..


Ramai orang cakap, kita ni still student. Banyak benda dan info yang nak dipelajari. Masih terlalu awal nak cari kekasih. So, cannot bercintan-cintun.. Nanti belajar xfokus. Asyik berangan jaa.. sampai kadang-kadang tu, kalau buah hati tu ada dalam kelas, xberkelip mata memandangnya.. yeah! that's true.. (kalau cinta tahap cipan) LOLz..
kalau ada pun, betul ke kau nak jadikan dia teman hidup? adakah dia pilihan yang tepat?  macam awal jaa..
makan minum pun mak bapak yang tanggung, inikan pula nak tanggung anak orang?
tapi SALAH ke kita nak bercinta?
tapi SALAH ke kita mempunyai perasaan or feeling?
Semestinya tidak! (in my opinion) ALLAH dah ciptakan manusia sebaik-baiknya. manusia mana yang xdak perasaan.. even, haiwan pun ada perasaan.. kucing ada perasaan, lembu ada perasaan, burung ada perasaan.. ikan jerung lagilaa banyak perasaan.. HAHAHA

Yang salahnya kalau kita "mempermainkan" cinta.. err, cam poyo jaa.. tapi, bagaimana kita permainkan cinta? ermmm..
Apa yang ingin saya tegaskan disini adalah bukan mendustakan cinta or sewaktu dengannya. Apa yang berlaku, kita bercinta bagai "dunia ni anda dengan si dia yang punya", sehinggakan mengabaikan tanggungjawab yang lain.. xfikir langsung masa depan..
Study pun x, buat kerja rumah pun x, pendekkan cerita rasa malas yang tahap dewa.. nak mandi pun malas, makan pun malas( tapi kalau ada orang nak suap xpelakan) HAHAHA
Asyik melekat jaa dengan si dia.. dah macam ulat bulu.. kadang-kadang tu member yang tengok pun dah rimas+meluat+mengumpat semua ada..  Tapi, selalunya lelakilaa yang berfikiran macam ni. Perempuan ni pelik sikit, ungkapan "awww sweetnyerrrr" selalu saja meniti dibibir-bibir mereka.. err YEKE???

Okay xpe..
Kalau nak bercinta boleh, tapi jangan abaikan tanggungjawab yang lain.. yang paling penting jaga BATASAN.. Bercintan-cintun sambil study.. Tapi kadang-kadang pelik gak, kenapa orang cakap bercinta time study ni bawa banyak masalah, membebankan,  and macam-macamlaa.. Maybe sebab stress or xtahan dengan perangai si dia sampai diri sendiri nak study pun xboleh.. Betul jugak tu.. Tapi, kalau kau kawin nanti pun, masalah tetap ada. Contohnya kita dah plan, kalau lepas degree aku nak kawin. and after that, nak buat master.. Lepas kahwin tulaa kau nak belajar, nak jaga rumah tangga, nak kerja cari rezeki, anak-anak lagi nak fikir.. Apa? masa tu kau still rasa terbebankah? ermm, entahlahh.. renung-renungkanlah.. ini bukan soal beban ke apa, ini soal TANGGUNGJAWAB..
kalau berani, just grab the challenge and face it..

Bercinta dengan niat untuk menjadikan dia isteri. Kalau dah xboleh sangat, xpayah pikir panjang, terus jumpa her parent masuk minang, settle!!!
Kalau sekadar nak buat collection and sakitkan hati dia lebih baik xpayah. Better buat hal sendiri, jangan ganggu hidup orang lain. betul x?

perasaan cinta itu bukan harusnya di-DELETE
tetapi perlu di-HIDDENkan untuk sementara waktu
sehinggak tiba waktunya di-APPROVE oleh yang HALAL..

Sekadar perkongsian
PEACE yoo.. :) :) :)





Thursday 9 August 2012

Monday 16 July 2012

HDR collections 1

HDR= High Dynamic Range
terpengaruh dengan member dalam memperhalusi kesenian photography.. hahaha
baru nak belajar sikit-sikit..
enjoy the photos.. =D








PEMUDA di penang sentral

Tatkala langit kegelapan dihiasi cahaya bulan yang mekar berkembang, bangku besi menjadi peneman aku sambil menanti sebuah bas yang bakal menuju ke selatan. Tika kebosanan membaluti tubuhku, datang seorang pemuda kurus menghampiriku sambil tersenyum lebar.

"kerusi sebelah ada orang x bang?" tanya lelaki tersebut. Aku yang agak kekok melihatnya menjawab, "errr haaa, duduklaa xdak orang pun". Dengan pantasnya aku terus mengapai beg kameraku.


Mana tidaknya, pemuda yang aku maksudkan berpakaian seperti seorang punk dan berseluar ketat. Dengan gaya rambut ala-ala trojannya dan telinganya yang ditindik dengan besi-besi pelik. Sambil mengusung gitar kapok miliknya. huuu.. Kali pertama aku berhadapan dan bersembang dengan insan seperti ini. Pada mulanya, kesombongan melanda diriku ini. Seperti stigma masyarakat sekarang yang tidak menghiraukan manusia seperti pemuda disebelahku ini, aku menyibukan diriku dengan membaca majalah yang dibawa.

"bang nak pi mana bang?" tiba-tiba satu persoalan yang hingap ditelingaku. "nak pi Seremban, hang nak pi mana pulak?", balas aku yang kian selesa dengan kehadirannya.

Kesombongan pada diriku kian menipis apabila kami masing-masing mula membuka mulut berbicara. Hatiku berbisik "urmm, ramah jugak mamat ni, aku jaa yang sombong pelik, apalaa, ish3.." Setelah berkenalan, (*walaupun aku terlupa tanya nama dia, adehh =.=" xpela, aku panggil dia BOB, untuk memudahkan cerita) pemuda ini memberitahu bahawa dia ingin pulang ke kampungnya di Kuala Lumpur pabila sudah 3 bulan berada di Penang. Melihat luaran dan gayanya seperti pemuda yang sangat matang, aku berfikir Bob kini berusia 23 tahun setelah disuruh untuk meneka umurnya. "Biar betul bang, nampak tua sangat ka saya ni?" ujarnya sambil ketawa.

Bob memulakan kisah hidup lalu meluahkannya kepada aku. Bob merupakan seorang pemuda berusia 17 tahun yang sudah pun berhenti daripada alam persekolahan selepas tamat PMR. Kini, hidupnya merantau ke negeri orang untuk mencari rezeki untuk merawat ayahnya yang lumpuh. Bob yang bekerja menguruskan mesin kuda, juga yang telah diberhentikan oleh majikannya kerana dituduh mencuri RM3000. Tetapi, dia memaklumkan kepada aku, bahawa sahabat karibnya yang juga teman sekerja telah mempermainkan dan mencuri duit tersebut. Alangkah malang nasibnya. Aku seolah-olah tidak percaya dengan apa yang diucapkan. Dengan usia sebegitu, Bob telah menjejakkan kaki ke alam sedemikian. Sehinggakan membuat aku terfikir, masa hadapan yang bakal dihadapinya. Aku tergamam seketika.

Keperitan hidupnya diluahkan lagi kepada aku."Saya dah lama x balik rumah, entah apalah keadaan ayah." Adik perempuannya yang berusia 14 tahun kini sudah pun bekerja mencari wang di malam hari. Ketika matahari sedang rancak bersinar, adiknya pergi ke sekolah dan menjaga ayah yang sedang sakit. "Mak saya dah meninggal bang. Sebab kena pancung dengan Along!, ini semua salah abang". Aku tersentap dengan kata-katanya. Bagaimana dia melalui hidupnya hari-hari. Sebelum ini aku hanya lihat dikaca televisyen yang hanya dilakonkan semata-mata. Ternyata, senario ini memang sedang berlaku dalam masyarakat kita.

"Sebelum arwah mak meninggal, Along potong jari mak sebab abang x nak bayar hutang. Sampai sekarang saya benci abang. Abang saya jahat. Anak dah ramai tapi kahwin x pun. Sekarang ni saya xtaw abang pi mana. Saya teringin nak awek bang, tengok orang lain semua ada awek, saya xdak pun. Tapi kalau fikir, diri saya ni dahlaa rosak, saya xnak rosakkan orang lain, biarlah saya seorang ja yang rosak." kata Bob sambil menggulung rokok daun miliknya. Aku yang mendengar, hanya mampu terdiam. Tidak mampu untuk aku berucap apa. Diri sendiri yang mendengar pun mula sebak, apatah lagi Bob yang menanggung semua penderitaan ini. Sehinggakan Bob berkata sambil tersenyum dan menepuk bahu aku "Bang jangan laa sedih pulak, saya saja jaa nak kongsi dengan bang. Saya xtaw nak cerita dekat sapa lagi. Terima kasihlaa bang sudi mendengar."   

Sebenarnya Bob merupakan anak yang baik. "Saya xpernah minum arak, tapi kalau balik rumah botol arak memang banyaklaa atas meja tu, abang memang xpernah hormat mak ayah pun. Minum air syaitan tu depan mak ayah. Sampai pernah tampar arwah mak sebab nak duit beli arak. Saya hisap rokok, tapi saya malu nak buat depan mak ayah, walaupun depa tahu saya hisap. Saya turun bawah rumah, lepas habis hisap rokok, sembur minyak wangi sikit baru saya naik balik." Bab inilah yang aku hormat dia. Dia sedar akan kewajipan anak menghormati ibu bapa yang mendidik dan menjaganya dari kecil.

Jarum jam sudah menunjukkan lebih kurang jam 12.30 malam, bas yang aku nantikan pun tiba. Sampai disini sahajalah perbualan aku dengan pemuda ini. Sehinggakan ketika dalam perjalanan ke selatan aku masih memikirkan apa yang kami bualkan.  
=====================================================================================

Panjang lagi ceritanya, tetapi mungkin sampai sini aku boleh kongsi bersama. Sampai sekarang aku tidak lupa wajah pemuda ini. Aku memikirkan ini semua adalah takdir Allah untuk menemukan aku dengannya. Menyedarkan aku tentang realiti dunia yang penuh pancaroba.
Bagaimana pemuda ini mahu mengharungi hidupnya dihari yang mendatang? Banyak yang sempat aku belajar dengan pemuda ini. Salah satunya, jangan menilai seseorang itu dengan luarannya sebab kita adalah manusia yang sama dan juga hamba Allah yang mempunyai perasaan. Aku amat bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang baik. Alhamdulillah.. 
Terima kasih mak dan abah yang telah membesarkan abang.
Abang berharap dapat membalas jasa mak dan abah dengan segulung ijazah walaupun pergorbanan mak dan abah jauh lebih besar. InsyaAllah, abang akan berusaha untuk jadi anak yang soleh..

p/s: ini merupakan kisah benar, bukan rekaan semata-mata..





 



Monday 11 June 2012

frozen YOGURT!!! yummy..

As-salam,,
HELLO guyz. we meet again. =D
haaa, ni nak habaq mai. baru-baru ni ak pergi kenduri member dekat Kepala Batas, Kedah, bukan Penang noo.. tapi sekarang ni bukan nak cita pasal kenduri.. haha "saja bagi intro sikit"..
ak nak cerita pasal Frozen Yogurt.. ( aduhh, ketinggalan gila aku ni >.< ) hahaha..




mesti korang pernah dengar pasal francais TUTTI FRUITY kan? haa.. kalau sesiapa yang xpernah pergi lagi.. i suggest u guyz try this yogurts.. fuhhh!!! memang terasa beb flavour dia.. lain dari yogurt or ice cream lain.. dengan viscous and lembut serta gebunyaa.. haha (ter'over pulak) lepas puas makan kenduri, pergi Jitra (kononnya nak tengok Madagascar3, tapi hajat xkesampaian).. kat sinilah kitorang bertemu dengan Tutti Fruiti ni.. 




tudiaa.. beratur orang Jitra nak beli.. 

kalau korang nak tawu, francais ni adalah hak milik Naza Tutti Fruiti (Malaysia) Sdn Bhd, a company within the NAZA Group of Companies, is the master franchise holder of Tutti Frutti Frozen Yogurt.. haa bukan takat jual kereta jaa, makanan pun jual jugak.. kaya beb!!! 


ni haa, machine yang mengeluarkan yogurts.. hehe.. layan diri.. 

budak ni pun kusyuk makan.. sampai nganga daa haa.. =P

sebelum ni ak sendiri xpernah pergi pun.. haha.. ni first time try, tu pun ak xbeli pun.. haha.. mana xnya, 10g pun dah RM0.53.. kalu 100g daa RM5.30.. erkk.. mahal beb.. bagi ak laa.. member aku cakap, kena pandai ambil laa, kalau tambah buah-buah lagi jadi berat laa skitt.. huuu.. sorylaa, sebab ak ni kedekut gak kadang-kadang.. haha, maklumlah nak menabung untuk masa depan.. =P 
tapi ada jaa yang suka bab3 makan ni, terutamanya housemate ak.. haha.. ajak je makan mana pon, semua boleh.. tolak kayu batu jaa.. (mampus ak kena pukul nanti) haha..


abang zaid dengan yogurtnyaa.. hehehe

ni laa housemate ak.. haa.. mari makan..

tutti + fruity.. =)

RM25.. haa (@.@)

ak dapat rasa pun sebab member ak yang bli, haha (ambil kesempatan , jahat gila ak) banyak beb, kalau xsilap ak RM25.. fuhh.. makan sorang xabes kott.. tapi tula, sepatutnya kena share duit ramai3 beli.. silap haritu xshare.. kesian member ak tu.. desire nak beli tu ada.. haha.. 
tengok laa nanti, kalau ada rezeki nanti boleh pergi lagi..

Wednesday 6 June 2012

journey at UKM BANGI


HELLO GUYZ... 
these are some pictures of UKM Bangi
I had been there for 2 days 1 night for Karnival Keusahawan for all 1st year UKM's students..
hoping that i could step into university life.. hohoho..
unfortunately, i couldn't.. 

apa yea orang panggil ni.. TUGU ehh.. :P

Scariest stairs.. tinggi siot..

one of the hostel..

night shooting.. hehe

menanti driver bas..hampeh xdatang.. melepas sate kajang.. adehh..

pasai paa tuu..

dalam DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK

sama jugakk yang ni punn.. 

rakan-rakan seperjuangan.. :)

antara peserta karnival keusahawan..

haaa tudiaa.. petang xtaw nak p mana.. moh kita jalan3..










Tuesday 15 May 2012

saya budak baru BELAJAR

AS-SALAM,

Helloo guyz.. yeahhh!! FINALLY...
huaaa.. dah lama x update.. penat nk meng'upload' benda nehh..
these are the pictures that i want to share wif u.. hoho
still need a lot of practice to capture a perfect angle..
but, this is the first step of my journey in photography.. hehe
ENJOYY!!!















thanks for viewing.. =)
banyak lagi.. tapi cukup setakat ini saja dulu.. hehe..